Pengenalan Peribahasa

Written by Khirulnizam Abd Rahman

Pengenalan Peribahasa Melayu

Kamus Dewan - ayat atau kelompok kata yg mem­punyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian yg tertentu, bidal, pepatah: pegangan mereka yg teguh kpd ~ biar mati anak jangan mati adat, sudah cukup menerangkan kebudayaan mereka.

Kategori:

Kategori Peribahasa

Simpulan bahasa – kebiasaannya mengandungi dua patah perkataan (kadang-kadang tiga). Maksud harfiah gabungan perkataan tersebut adalah berbeza daripada maksud sebenar. Perlu ditakrifkan secara logikal.

Contoh: 

  • Langkah kanan - bernasib baik
  • Buka mulut - memberitahu
  • Lampu hijau - memberi keizinan

 

Perumpamaan – beberapa gabungan perkataan yang dimulakan / terdapat di dalamnya kata kunci berikut: seolah-olah, ibarat, bak, seperti, macam, bagai or laksana.

Contoh: 

  • Bagai pinang dibelah dua - sama cantik dan serasi
  • Seperti anjing dengan kucing - dua pihak yang selalu bergaduh

 

Pepatah – peribahasa yang mengandungi nasihat atau pengajaran. 

Bidalan – pepatah yang dimulakan / terdapat di dalamnya kata kunci berikut: jangan, biar or ingat.

Contoh: 

  • Adat berperang, yang kalah jadi abu, menang jadi arang.
  • Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
  • Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
Copyright 2011 Peribahasa. All Rights Reserved.
theme by hostgator coupon